Bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf.[1][2] Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.

Perlembagaan Malaysia 1965

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:

  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
  3. 6 bulan penjara atau
  4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

Perlembagaan Malaysia 1984

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:

  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
  3. 3 tahun penjara atau
  4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
  5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Berkaitan